madah dan lumrah

Mencintai seseorang tidak semestinya kita memilikinya
Oleh itu sayangilah diri kita dari disakiti oleh cinta
Kerana cinta tak semestinya dapat membahagiakan kita
Persahabatan lebih bermakna dari percintaan yang mengecewakan

Insan yang lemah akan membiarkan cinta
menguasai dirinya sehingga merana
Insan yang bijak akan menguasai cinta
Hingga gagal membuatnya kecewa
Cinta itu ibarat nyamuk yang menggigit, dibiar sakit digaru sedap

Sebelum mencintai seseorang, cintailah diri sendiri terlebih dulu
Kerana orang yang tidak menyayangi dirinya
Amat sukar untuk membahagiakan orang lain

Jangan permainkan perasaan orang
Dengan cinta yang mengecewakan
Jika tidak! perasaan kita pula dipermainkan orang lain

Janganlah engkau menangis kerana gagal bercinta
Kerana lambat laun manusia pasti akan meninggalkan segala yang dicintainya
Cinta itu cahaya yang menerangi kehidupan
Hidup menjadi suram jika orang yang kita cintai tidak turut sama menikmatinya

Cinta itu adalah api
Namun kita tidak akan pernah tahu
Sama ada api itu akan menghangatkan
Atau menghanguskan kita
peace :/