1# cinta memerlukan sebab kah ?


assalamualaikum .

oke bace entry aku kali ni ? geli ke tidak ? haha . btw kali ni bukan aku nk buat pantun cintan cintan or lirik lagu yg sweetttt2 gitu . no no no . cume nak buat satu topic baru iaitu*jeng jeng kjngan nk cm tu sngat lah kan . ok series . ni cume aku nk kasi tau korang yg - cinta memerlukan sebab kah ? - ce bace cite ni ..
______________________________________________________

Dalam satu kisah percintaan yang menarik . Sepasang kekasih yg brnama fina dan arul berjalan2 di tepi sebuah tasik yang indah . Kemudian mereka berhenti di sebuah
kerusi yang disediakan di tepi tasik . Kemudian fina bertanya kepada kekasihnya . Ini dialog mereka =)

fina : kenapa awak menyukai saya ? kenapa awak cintakan saya ?

arul : saya tak boleh menerangkan sebabnya , namun begitu saya memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

fina : awak tak boleh terangkan sebabnya ? Bagaimana awak boleh katakan
awak sayang dan cintakan saya sedangkan awak tak boleh menerangkannya.

arul : Betul! saya tak tahu sebabnya tapi saya boleh buktikan bahawa
saya memang cintakan Sayang!

fina : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya nak awak terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan kenapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu awak tk boleh terangkan sebabnya .

arul ni pon menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! saya mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati saya selalu. saya juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta saya bersama Sayang!"

fina ni pon tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan kekasih nya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari fina ni mengalami kemalangan dan koma.

arul amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada fina yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil buah hatinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."

ehem ehem . sedih lah tu . so fikir2 kan lah . act saya baru sedar tu :'(