novel bulan ini




 ni lahh novel baru lepas aku baca . bestt oh . aku dh tukar citarasa yeh
haha ! aku skrang mahu bace KAKI NOVEL  . 
mybe korang dh baca kodd novel2 ni . its uke .
yg belum bace tu . sila sila lhh oke ? terima kasih <3  bye




Kehadiran Farisya Hani di dalam hidup Haziq Denial  hanyalah sekadar penyelamat kepada maruah keluarga 
lelaki itu apabila bakal isteri Haziq memilih untuk mengahwini
 lelaki lain di saat-saat akhir majlis akan berlangsung. 
Atas dasar itu, perhubungan mereka tidak berjalan dengan lancar
.Dengan kejadian beberapa insiden yang tidak disengajakan, 
bibit-bibit cinta mula berkembang mekar bak bunga di pagi hari.
 Dalam tak sedar, masing-masing sudah saling jatuh cinta.  Namun langit tidak selalunya cerah.
 Kebahagiaan yang diharapkan berkekalan terlerai sudah di pertengahan jalan. 
Kehadiran bekas kekasih Farisya Hani telah mengundang konflik yang ditunggu-tunggu oleh pihak ketiga yang sentiasa mencari peluang untuk mendekati Haziq Denial. 
Keperitan hidup yang terpaksa ditanggung memaksa dendam mula membara di hati Farisya.
 Kealpaan akibat disihir membuatkan Haziq hanyut di dalam genggaman Tiara.
 Masih adakah peluang kedua untuk mereka? Atau… adakah rindu mereka akan terpenjara buat selama-lamanya?


Dua-dua tak sebulu. Bila si lelaki kata mahu, si perempuannya pula kata tidak. Hari-hari kerja mereka bergaduh saja. Macam anjing dengan kucing. Pantang berjumpa, pasti tak sah kalau si perempuan tak mengalirkan air mata. Boleh ke si dara dan si teruna ini hidup bersama?

Dalam benci ada cinta. Mulut kata benci tapi hati tetap kata cinta. DZ tak mengalah walaupun berkali-kali dia ditolak. Fenn telah menutup pintuk hatinya untuk bercinta semula. Pelbagai cara dibuat untuk memastikan si dara jatuh ke tangannya. Dendam sudah bertukar rindu dan sayang.

Fenn tak mahu cepat mengalah. Cintanya sudah berkubur bersama jasad lelaki yang paling dicintainya. Tapi siapa yang mampu mengelak kehendak Tuhan. Sekuat mana mindanya menolak, sekuat itu jugalah hatinya menarik DZ ke dalam jiwanya.
“Cinta Iqram Dzulqarnain hanya untuk Nur Fazreen.” 
Mampukah Nur Fazreen juga mengungkapkan kata-kata yang sama?